!~~Kisah Cik Meong~~!
11 Langkah Jadikan Kuku Sihat & Bersinar
12 January 2012 @ 8:42 PM | 0 Comment [s]

Percaya atau tidak , ramai antara kita menjadikan kuku sebagai 'CERMIN' yang paling baik untuk menentukan tahap kebersihan seseorang . Oleh itu usah risau , untuk mendapatkan kuku yang cantik , anda mestilah rajin dan berdisipin bagi memiliki kuku yang anda ingin kan .
JOM KITA CUBA :)

1. Basuh kedua-dua tangan dengan air suam yang dicampur dengan perahan air limau nipis supaya kekotoran yang melekat dicelah dan bawah kuku dapat dibersihkan .

2. Lap tangan dengan kain bersih . Selepas itu , scrub seluruh kawasan kulit dan telapak tangan . Langkah ini penting untuk membuang daki , kotoran dan sel kulit kering di kawasan sekitarnya .

3. Sembur antiseptik pada tangan anda dan biarkan selama lima minit . Ia mampu bertindak balas membunuh kuman disekitar kuku dan telapak tangan .

4. Potong kuku mengikut keselesaan anda . Ingat , jangan potong kuku melebihi isi .

5. Selepas itu , kikir tempat potongan kuku supaya ia tidak nampak tajam dan boleh mencederakan anda tanpa sedar .

6. Sekiranya kuku anda kekuningan , kikir kuku sehingga bertukar warna lembut . Pastikan kikisan tidak terlalu tebal kerana ia boleh mengakibatkan permukaan kuku tidak rata .

7. Potong kulit mati yang terdapat di tepi kuku . Sembur antiseptik untuk kali kedua bagi memastikan tiada kuman yang melekat semasa proses memotong dan mengikir kuku .

8. Sapu tangan anda dengan losyen pelembap untuk menghilangkan garis halus pada sekitar tangan selain daripada melembutkan kulit tangan .

9. Setelah selesai , sapukan vitamin untuk mengurangkan risiko kulat pada permukaan kuku .

10. Sekiranya anda pengguna pengilat dan pewarna kuku , anda perlu rajin menjaga kuku anda kerana kuku yang kerap disapu pengilat dan pewarna akan tumbuh mengikut alunan berus .

11. Elakkan tabiat menggigit kuku kerana ia memburukkan bentuk kuku dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria terutamanya kawasan gigitan .

Samat Mencuba , Sayang Kamo :)


Older Post | Newer Post


Don't Forget to follow my blog , Thank You






EntryTentang DirikuStuffSite

BORAK-BORAK DISINI



FOLLOWER KU



<