!~~Kisah Cik Meong~~!
7 Tips Bibir Sentiasa Berkilat
12 January 2012 @ 6:36 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum , korang semua nak kan bibir seperti artis Elfira Loy ni ? Jom terjah kat bawah tips2 dye k .



Pengilat Bibir atau lip gloss merupakan evolusi baru dalam dunia riasan bibir sejak beberapa tahun yang lalu . Olesan nipis pengilat bibir cukup untuk membuatkan bibir wanita tampak menggoda dan bersinar . Berbanding gincu , ramai lebih gemar memilih pengilat bibir kerana fungsinya lebih 'ringan' dan mudah diaplikasikan .



Untuk mendapatkan pengilat bibir 'melekat' lebih lama dibibir mungilmu , apa kata ikuti beberapa tip dibawah ini .



1. Tekapkan bedak ke bibir sebelum mengenakan gincu . Langkah ini dapat membantu gincu tahan lama dan mengelakkan olesan gincu menjadi comot .



2. Selepas itu , lukiskan garis bibir dengan penseL bibir warna senada . Cara ini dapat 'melekatkan' rona pengilat bibir lebih bertahan lama di bibir anda .



3.Oleskan gincu di bibir anda. Sesudah itu , jangan lupa untuk tekapkan bibir pada tisu tipis.



4. Tekapkan semula bedak di sekitar bibir anda .



5. Oleskan gincu untuk kali kedua .



6. Calitkan pengilat bibir di tengah bibir anda .



7. Sekiranya kilatan agak keterlaluan , minimumkan dengan menekap bibir pada tisu tipis . Layangkan sedikit bedak untuk menyamarkan kilatan yang berlebihan .

BaikLa seLamat Mencuba :)


Older Post | Newer Post


Don't Forget to follow my blog , Thank You






EntryTentang DirikuStuffSite

BORAK-BORAK DISINI



FOLLOWER KU



<