!~~Kisah Cik Meong~~!
ApabiLa saHabaT meNjaUhkAn diRi ?
13 January 2012 @ 10:49 AM | 0 Comment [s]



1. Kemaruk Bercinta !
- Saat bercinta sememangnya indah belaka. Jika boleh hampir setiap masa mahu dihabiskan bersama si dia . Jangan lupa , kerap memberi perhatian kepada si dia membuatkan dirimu sukar membahagikan masa bersama sahabat anda . Apabila kamu sering menolak pelawaan sahabat dengan alasan untuk menemani si dia , ia secara tidak langsung membuatkan sahabat kamu berasa bosan . Malah , jika bersama sahabat pun topik perbualan kamu hanya la mengenai cinta dan si dia . Bagi sahabat yang belum memilih kekasih , cerita seperti ini tentu amat membosankannya !

2. Hanya Bercerita Mengenai Dirimu .
- Kerap kali bercerita mengenai diri atau pengalaman kamu tidak ada salahnya , tetapi apabila sudah terlalu kerap bercerita perkara yang sama , ia tentunya membosankan . Malah , jika terlalu kerap bercerita mengenai diri , ia boleh mendorong sahabat menganggap kamu suka bercakap besar dan membangga diri pula .

3. Kaki Mengumpat .
- Kadang kala kamu suka bercerita mengenai orang lain apabila bersama sahabat , tetapi tanpa kamu sedari , kamu sebenarnya memiliki sikap suka mengumpat orang lain dan ia boleh menimbulkan sakit hati kepada sahabat .

4. Terlalu Manja .
- Jangan sangka sahabat berasakan kamu kelihatan 'COMEL' jika bersikap terlalu manja . Sikap terlalu manja sehingga tidak boleh berdikari sebenarnya boleh merimaskan sahabat kamu . Sikap sebegitu sebenarnya boleh mendorong kamu menjadi seorang yang mengada-ngada / mengedik !

5. Suka bertanya .
- Tidak dinafikan sikap suka bertanya adalah sesuatu yang positif . Bagaimanapun , jika setiap hari asyik bertanya perkara yang sama , sudah tentu ia menimbulkan rasa bosan terhadap sahabat kamu . AWAS ! cuba elakkan situasi tersebut .


Older Post | Newer Post


Don't Forget to follow my blog , Thank You






EntryTentang DirikuStuffSite

BORAK-BORAK DISINI



FOLLOWER KU



<