Kenali Pasangan , Banyak Persamaan Lebih Serasi !
13 January 2012 @ 11:17 AM | 0 Comment [s]
1. Seseorang individu mudah tertawan pada bakal pasangan yang mempunyai persamaan seperti politik , keagamaan , hobi , fesyen dan sebagainya .2. Mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka membela kucing , membeli belah atau pon melancong . 3. Tawan hati bakal pasangan dengan mempamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa , seperti sama-sama gembira , sedih terperanjat , benci atau simpati . 4. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan seperti tahap keakraban , kebebasan , kebergantungan , pemberian atau pengorbanan . 5. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat . Bakal pasangan akan tertarik jika kamu mengasihinya bukan kerana wajah , harta , keturunan , atau GLAMOUR . 6. Pasangan akan tertawan jika kamu dapat bantu mengukuhkan imej diri , rangsang semangat dan pupuk keyakinan dirinya . 7. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasikan bakal pasangan . Jika kita didapati berbohong , si dia akan terus menjauhkan diri . 8. Pujian berhemah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik kamu kepada bakal pasangan . Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding daripada kawan lama . 9. Ulang sebut perkataan , ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan . Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai . 10. Kenal pasti keistimewaan bakal pasangan yang orang lan tidak nampak . Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia mudah tertawan kepada kamu . 11. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang asli untuk menambat hatinya . Untuk orang yang tidak popular , sebarang pujian amat dialu - alukan dan dihargai . 12. Beri penghargaan serta - merta kepada setiap pencapaian bakal pasangan . Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap kamu . 13. Jika bakal pasangan kamu memuji kamu , pamerkan keseronokan kemu dengan senyuman dan ucapkan TQ serta bersyukur dan si dia akan merasakan dihargai . |
|