!~~Kisah Cik Meong~~!
Petua Kecantikan
13 January 2012 @ 9:38 AM | 0 Comment [s]

Atasi Kulit Kering

- Kisar secawan susu tepung dengan dua biji epal yang dihiris nipis . Campurkan sedikit air jika terlalu pekat . Sapukan pada bahagian kulit dan gosok lebih lama mana-mana bahagian yang agak kasar dan berjerawat . Biarkan kering dan bilas dengan air bersih .

Epal Turunkan Berat Badan

- Setiap pagi minum jus campuran setengan biji epal hijau , sedikit daun saderi , 1/4
buah peria dan setengah cawan air . Dalam masa dua minggu perubahan berat badan dapat dilihat manakala perut yang buncit dapat diatasi .

Kempiskan Perut Menggeleber

- Perut yang menggeleber amat memalukan . Tidak hairanlah ramai yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk menghilangkan masalah perut menggeleber .
Bagi anda yang ingin tampiL langsing tanpa mengeluarkan belanja yang banyak , amalkan petua ini . Campurkan setengah mangkuk cuka makan dengan kapur sirih dan ragi lalu ditumbuk halus . GauL sebati bahan tadi dan lumurkan disekitar perut yang menggeleber . Untuk lebih berkesan , balut ketat perut anda menggunakan bengkung . Amalkan petua ini setiap hari pada waktu pagi selama berpantang . Anda pasti berpuas hati dengan hasiL yang diperolehi nanti .

Beras & Kunyit Tegangkan Kulit

- Ambil segenggam beras lalu digorengkan tanpa minyak hingga kekuningan . Giling beras bersama kulit telur yang telah dibersihkan dan sedikit kunyit hidup hingga hancur . Setelah hancur dan lumat , sapukan pada wajah setiap malam sebelum tidur .

Pucuk Betik Penawar Senggugut

- Caranya cukup mudah , anda hanya perlu mengambil segenggam daun betik lalu ditumbuk lumat atau dikisar dan diambil airnya . Minum setiap pagi selama tiga hari sebelum bersarapan . Insyallah senggugut anda akan hilang .

Akar Terung Pipit Hilangkan Jerawat

- Basuhkan akar terung pipit hingga bersih lalu diasah dengan sedikit air pada permukaan pasu tanah . Sapu cecair pekat akar teung pipit yang diasah tadi ke bahagian muka yang berjerawat .

SELAMAT MENCUBA :)


Older Post | Newer Post


Don't Forget to follow my blog , Thank You






EntryTentang DirikuStuffSite

BORAK-BORAK DISINI



FOLLOWER KU



<