!~~Kisah Cik Meong~~!
Teknik Solekan Wajah Berjerawat
13 January 2012 @ 10:00 AM | 0 Comment [s]

1 . Sebelum Memulakan solekan , cuci wajah sebersih-bersihnya . Kenakan 'CONCEALER' pada bahagian wajah berjerawat untuk menutup noda-noda yang mencacatkan keanggunan wajah anda . Seterusnya kenakan bedak asas tona bersesuaian dengan kulit wajah anda .

2. Lakukan kaedah 'SHADING' pada bahagian tulang pipi untuk menonjoLkan tulang pipi sekaligus menutup noda-noda jerawat . Pembentukan tulang pipi yang baik dapat mengubah titik tumpu daripada wajah berjerawat kepada bentuk wajah yang sempurna .

3. Fokus pada solekan bahagian mata. Bagi anda yang memiliki mata bulat dan berkelopak , gunakan lebihan yang ada agar mata kelihatan menawan dan mempersonakan .

4. Kenakan pemerah pipi menggunakan tona warna bersesuaian kulit wajah untuk menjadikan solekan lebih berseri dan kemas .

5. kenakan gincu pada bibir diikuti pengilat bibir untuk menonjolkan bentuk bibir yang lebih sempurna .

6. Rambut juga memainkan peranan penting untuk memberikan wajah yang sempurna . Bagi anda yang memiliki wajah berjerawat , pilihlah gaya rambut yang bersesuaian agar pandangan orang beralih kepada gaya hebat rambut anda .

7. Gaya jambul boleh digunakan untuk menutup noda-noda jerawat anda . Sekiranya anda membiarkan dahi terdedah luas , sudah pasti kesan jerawat yang kelihatan mampu mencacatkan penampilan anda .

8. Anda juga boleh memilih untuk mewarnakan rambut anda menggunakan ' dwi ' warna yang bersesuaian dengan warna kulit anda .

*Sory saya tidak meletakkan sebarang gambar bagi memudahkan anda untuk melakukan sebarang teknik solekan tersebut kerana gambar tidak dapat dihasilkan . TQ !


Older Post | Newer Post


Don't Forget to follow my blog , Thank You






EntryTentang DirikuStuffSite

BORAK-BORAK DISINI



FOLLOWER KU



<